Friday, October 25, 2013
Batal syarikat - Yang mati boleh hidup semula ka..
Apa nak jadi, malang yang bertingkat-tingkat,, kepda manusia,, semuanya akibat kelalaian dari tangan-tangan manusia sendiri...
Kejadian banjir di Ringlet Cameron Highland, aku tak perlu nak komen, sebab semalam tv ada menyiarkan keluhan mangsa kejadian... Cuma isu tembak ni,,, bertingkat-tingkat kes tembak,, apa nak jadi dengan Malaysia ni,,,
Kenapa dalam berita dari Agensi Sahih, Bernama tak sebut sapa nama syarikat.. siapa empunya syarikat ?..
Kejadian banjir di Ringlet Cameron Highland, aku tak perlu nak komen, sebab semalam tv ada menyiarkan keluhan mangsa kejadian... Cuma isu tembak ni,,, bertingkat-tingkat kes tembak,, apa nak jadi dengan Malaysia ni,,,
KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat
kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam
kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2,
Subang Jaya, semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim
berkata, syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan
pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi
Persendirian 1971.
"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen
untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi
pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.
"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan
permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan
terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk
membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di
sini hari ini.
Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu
Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37
tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan
setugasnya.
Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti
identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal
keselamatan gantian di bank berkenaan.
"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya. Sementara
itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian
kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu,
sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan
keselamatan senjata api.
Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan
peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit
secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.
"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat
telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.
Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan
agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan
pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat
dibatalkan serta-merta. - Bernama
Kenapa dalam berita dari Agensi Sahih, Bernama tak sebut sapa nama syarikat.. siapa empunya syarikat ?..
Apakah setelah syarikat ini dibatal, maka syarikat baru didaftarkan untuk penjamaan semula,,, tak hairan,, kerana mu umno malaysia serba boleh..
Mengikut maklumat yang sah, tapi tak diceritakan syarikat tu bernama
Tuan empunya,, seorang ketua wanita umno,,, boleh baca Klik Sini
Maklumat terkini Isteri
adalah pemilik Securiforce Sdn Bhd, Suami pula adalah pengerusi
persatuan syarikat kawalan keselamatan ... (PPKKM).... Terbaek..
Kelalaian
dan kemudahan untuk pemimpin umno, nyawa rakyat jadi taruhan, suami
menduda, anak-anak jadi yatim tanpa ibu...umno oh umno..
0 orang berkata:
Post a Comment