Pemilihan Pas: Hadi pertahan jawatan Presiden
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya
mempertahankan jawatan Presiden menjelang muktamar Pas kali ke-59
selepas seorang lagi calon ditolak pencalonannya.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Pas Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi, di pusat media Pas pusat di Jalan Raja Laut hari ini.
"Kita menerima dua pencalonan untuk calon Presiden namun satu lagi pencalonan telah ditolak.
"Pencalonan tersebut ditolak kerana tidak mematuhi syarat minimum iaitu kurang daripada segi penyokong, untuk bertanding calon itu perlu mempunyai seorang penyokong dan seorang pencadang, namun calon tersebut tidak memenuhi kriteria tersebut," katanya di sini hari ini.
Sementara ketika diaju soalan berkenaan siapa calon tersebut, Asmuni berkata, calon tersebut datang dari kawasan Hadi sendiri.
"Kita tidak umumkan namanya di sini, cuma untuk pemberitahuan calon tersebut datang dari kawasan Datuk Seri Hadi Awang," katanya.
Sementara itu, menurut Timbalan Pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan, semua calon yang layak bertanding perlu menjawab borang penerimaan calon bagi memastikan pencalonan mereka tidak ditolak.
"Untuk tahun ini, calon yang layak bertanding perlu menjawab borang penerimaan yang mengatakan mereka disenaraikan sebagai calon dengan menghantar emel ke Pas Pusat.
"Kalau mereka enggan berbuat demikian, kita takrifkan mereka sebagai tidak layak bertanding," katanya.
Muktamar tahunan Pas kali ini akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam yang akan berlangsung pada 22, 23 dan 24 November 2013.

0 orang berkata:
Post a Comment