Saudi, AS bertelagah?
- Putera Bandar pernah didakwa sebagai dalang pembekal senjata kimia yang menyebabkan serangan gas beracun di pinggir Damsyik, Ogos lalu.
RIYADH - ARAB SAUDI. Ketua perisikan Arab Saudi kelmarin memaklumkan
akan berlaku perubahan besar dalam hubungan negara itu dengan sekutu
utamanya, Amerika Syarikat (AS).
Putera Bandar bin Sultan berkata, keputusan itu dibuat sebagai bantahan terhadap kegagalan AS sebagai orang tengah untuk menyelesaikan krisis di Timur Tengah, termasuk proses rundingan damai Israel-Palestin serta konflik di Syria.
Inisiatif Putera Bandar itu dikatakan ada kaitan dengan tindakan Saudi menolak kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas negara tersebut mendakwa badan antarabangsa itu tidak mampu menamatkan konflik di Syria kerana bersikap berat sebelah, minggu lalu.
Sementara itu, sumber kerajaan memberitahu mereka akan turut mengkaji semula hubungan dengan AS dan Saudi juga sudah tidak mahu lagi bergantung kepada negara barat tersebut.
Difahamkan daripada laporan Al-Jazeera, hubungan antara kedua-dua negara itu mula terjejas selepas AS mula berbaik-baik dengan Iran selepas hubungan antara kedua-dua negara terbabit dilaporkan dingin sejak 30 tahun lalu.

Artikel Berkaitan
0 orang berkata:
Post a Comment