Hudud Brunei tangkis persepsi negatif
KUALA LUMPUR - Langkah Kerajaan Brunei yang mengumumkan penguatkuasaan
hukum Hudud di negara itu sekali gus dapat menangkis persepsi negatif
pelbagai pihak termasuk salah tanggap terhadap undang-undang Islam itu
yang dikatakan tidak adil dan ketinggalan zaman.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata perkembangan positif negara jiran itu juga menjadi cabaran kepada kerajaan Malaysia yang terus-menerus menghalang pelaksanaannya khusus di Kelantan.
"Tanggunjawab itu (laksana Hudud) bukan terbeban kepada Pas, sebaliknya kerajaan memerintah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk laksanakannya.
"Tugas Pas hanyalah menyeru kerajaan pusat laksanakan hukum Hudud itu, BN patut respon isyarat yang ditunjukkan Brunei, kerana rakyat sendiri sudah terima undang-undang Islam itu," katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam yang mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara itu termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Sultan Hassanal, 67, dalam ucapannya bertitah, Kanun Keseksaan Syariah yang dirangka sejak beberapa tahun sudah diwartakan semalam dan akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan secara berperingkat.
"Insya-ALLAH dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada ALLAH berjaya dilaksanakan," titah baginda.
Dalam pada itu, Nik Abduh menegaskan kerajaan pusat perlu mencontohi langkah Brunei itu dengan membenarkan pindaan Perlembagaan dibuat agar hukum Hudud boleh dilaksanakan di negara, bermula dengan Kelantan.
"Oleh kerana rakyat telah memilih Pas sebagai kerajaan negeri, maka menjadi tanggungjawab kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan keinginan rakyat dan ia menjadi kewajipan mereka.
"...halangannya adalah Perlembagaan, jika dibenarkan mungkin undang-undang itu boleh dibuat segera," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment