Pemilihan timbalan presiden persaingan 5 penjuru
SHAH ALAM - Sempena Muktamar Pas ke-59, jawatan Timbalan Presiden Pas
bakal menyaksikan persaingan lima penjuru yang akan berlangsung pada 22
November depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi telah mengumumkan lima calon yang layak bersaing merebut jawatan tersebut ialah Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu (penyandang), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Kita menerima enam pencalonan, tetapi hanya lima pencalonan sahaja yang memenuhi kriteria,dan layak bertanding," katanya di ibu pejabat Pas, di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan nama-nama popular yang akan bersaing bersama Mohamad atau Mat Sabu ialah Husam yang juga penyandang naib presiden parti, Mohd Amar dan juga Tuan Ibrahim.
Dalam pada itu, Asmuni turut mengumumkan 10 calon yang diterima untuk bersaing merebut jawatan naib presiden.
"Senarai 10 pencalonan yang kita terima dan layak bertanding untuk jawatan naib presiden ialah Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Sebelum jawatan ini disandang oleh Salahuddin, Husam dan Datuk Mahfuz Omar," jelasnya.
Selain itu, Asmuni turut menyatakan, sebanyak 134 borang pencalonan diterima daripada kawasan di seluruh negara bagi merebut jawatan utama kepimpinan Pas, tetapi 103 borang sahaja yang sah manakala 31 lagi ditolak.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, AJK pemilihan parti turut memilih tujuh pencalonan diterima bagi jawatan ketua Pemuda namun hanya enam yang layak bertanding.

0 orang berkata:
Post a Comment