Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita
- Suami mangsa, Irwan Kamarudin mententeramkan anak bongsunya, Muhd Hazimy ketika menunggu mayat isterinya dibedah siasat. - Foto Sinar Harian oleh NUR FARHANA ABDUL MANAN
KUALA LUMPUR - Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang
ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak
memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya
demi menghormati sensitiviti keluarga.
Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih
menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok
mangsa.
"Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian
isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas
pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air
Hitam Labu, Kampar, Perak.
Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank
itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan
USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.
Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini.
Pagi ini, Irwan bersama dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, Muhd Hazimy,
8, serta saudara maranya hadir di Bilik Mayat Hospital Serdang untuk
pengecaman mayat isterinya.
Suasana pilu menyelubungi bilik mayat itu dengan Irwan cuba ditenangkan
anggota keluarganya sambil menangis setelah beliau membuat pengecaman
jenazah isterinya.
Malah mereka menunggu sehingga 2 petang sehingga laporan bedah siasat
selesai dijalankan dan menuntut jenazah untuk dikebumikan.
Nurnisa Nabilah berkata, kebiasaannya ibunya akan menghantar dia dan
adiknya ke sekolah namun semalam, disebabkan kesibukan kerja, ayahnya
terpaksa menghantar mereka ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang,
di sini.
"Dalam 7.30 malam saya terima panggilan dari mak saudara cakap mama dah tiada," katanya.
Sementara itu, pengurus bank berkenaan Lyonel Tan berkata kejadian ini pertama kali berlaku di bank berkenaan.
"Arwah merupakan seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan urusan penting seperti khidmat pelanggan," katanya.
Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Norazita.
"Bagi pihak Kumpulan AmBank, kami ingin merakamkan ucapan takziah, doa
dan ingatan kali buat keluarga Allahyarham di saat yang begitu sukar
ini," katanya menerusi satu kenyataan.
Kumpulan AmBank bekerjasama rapat dengan polis dalam siasatan kejadian
itu dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan kepada anggota
keluarga Allahyarham.
Di KAMPAR, jenazah Norazita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ayer Hitam Labu di sini pada pukul 7.30 malam ini.
Di KAMPAR, jenazah Norazita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ayer Hitam Labu di sini pada pukul 7.30 malam ini.
Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya kira-kira pukul 6.55 petang
dari Hospital Serdang, Selangor sebelum dikebumikan bagi memberi peluang
anggota keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung menziarahi jenazah.
Bapa Allahyarham, Abu Talib Mohd Isa, 75, yang ditemui di rumahnya berkata beliau dan keluarga reda dengan pemergian anak keduanya itu.
Bapa Allahyarham, Abu Talib Mohd Isa, 75, yang ditemui di rumahnya berkata beliau dan keluarga reda dengan pemergian anak keduanya itu.
"Kali terakhir kami jumpanya pada hari raya korban lepas. Dia juga
sempat jumpa adik beradik dan saudara mara," katanya yang mempunyai lima
anak.
Ditanya mengenai dua anak Norazita, Abu Talib berkata isterinya Norsham
Abdul Kader, 63, akan berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk
menjaga cucu mereka sehingga hujung tahun ini.
Mengenai tindakan yang akan diambil berhubung pembunuhan anaknya itu, Abu Talib menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
"Kita sepatutnya mempunyai sifat seperti manusia lah. Kalau nak rompak,
rompak jer lah duit. Tapi jangan lah sampai membunuh," katanya. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment