• Abdul Aziz Mohd Yusof Abdul Aziz Mohd Yusof
1 / 1
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menggunakan jenis dakwat kekal dan kaedah yang sama  dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada PRK Sungai Limau.

Perkara itu disahkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas SPR, hari ini.

"Kita tetap guna kaedah celup sebab pengalaman di Kuala Besut begitu baik.

"Tak ada satu aduan pun kita terima. Caranya juga begitu (celup) dan dakwat yang sama (jenis)," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengumumkan pelantikan Pegawai Daerah Yan, Abd Rashid Othman sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Anggaran kos perbelanjaan bagi PRK Sungai Limau ini sebanyak RM1,336,987.

Sebanyak 17 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundia yang menagndungi 58 saluran tempat mengundi.