Tuesday, October 1, 2013
Keluhan ayahnda Pekida - Penjualan Tanah Ladang Mara (Malay Reserve) di Stiawan !
Aku copy paste semula...
Assalamualaikum wbt. Suatu penjelasan amat diperlukan oleh wakil2 rakyat Parlimen Lumut (Laksamana Pertama Bersara Hj Imran Abd Hamid)
dan ADUN Sitiawan (Ngeh Koo Ham) bagi kes penjualan tanah Ladang Mara
oleh Nadi Agro (skyt milik Dato Seri Mohd Nadzmi) kepada syarikat pemaju
Setia Awan pada 5hb Mei 2011, penjualan untuk fasa 1 telah dibuat
seluas lebih kurang 1,700 ekar dengan harga lebih kurang
RM50,000.00/ekar. Dan syarikat ini telah buat pecah lot dan dibuka untuk
jualan kepada orang awam dengan harga RM100,000.00 hingga RM180,000.00
seekar (margin 100-150%). Sehingga kini, penjualan untuk Fasa ke 2
seluas lebih kurang 2,527 ekar dalam proses akhir penjualan kepada
syarikat yang sama (Setia Awan). Yang lebih mengecewakan tanah ini
adalah berstatus rizab melayu dahulunya. Nasib 55 keluarga melayu yang
tinggal di perumahan ladang serta telah lama mencari rezeki di syarikat
ini tidak dapat dipastikan lagi. Mungkin campurtangan Perdana Menteri Najib Razak adalah perlu.
Oleh: Ayahanda Mie
Cuma aku nak komen,, kenapa penjelasan ni nak diberikan kepada ahli politik pembangkang, kang nanti isu ni dipolitikan menjadi politik peribadi,, ish,ish,,, alangkah baiknya terus repot kat MB Perak Zambry Kadiaq,,, atau pun susah sangat ke nak pergi ke SPRM minta disiasat...
Harap lepas ni SPRM boleh pi siasat terus kepada Ayahnda Mie tu,, jangan mai cari aku,, aku tak berapa tau isu ni....
0 orang berkata:
Post a Comment