4/02/14
DUN Perak bergelora...ADUN Hutan Melintang keluar PKR?
Sepucuk surat yang dikatakan ditulis
oleh seorang ADUN PKR Perak kepada Speaker negeri menimbulkan spekulasi
beliau keluar parti.
Surat bertarikh 2 Januari lalu itu
ditandatangani oleh ADUN Hutan Melintang S Kesavan mengatakan beliau
telah berhenti dari PKR kerana "hilang kepercayaan dengan pimpinan
parti."
Surat ringkas itu mempunyai cop terima
daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak
dapat dipastikan setakat ini.
Panggilan telefon dan SMS kepada Kesavan
tidak dilayan. Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan
perkara tersebut.
"Saya menelefon beliau (Kesavan) dan beliau menafikan perkara itu," Chang memberitahu Malaysiakini.
Chang menambah Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau.
Speaker Perak SK Devamany juga tidak dapat dihubungi.
PKR mempunyai luma ADUN dari jumlah
keseluruhan 28 ADUN Pakatan Rakyat. BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan
Undangan Negeri (DUN) Perak.
0 orang berkata:
Post a Comment