Cerita Cinta Ahmad Ammar: Wan Azizah tersentuh
SHAH ALAM - Fenomena buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar" terus meresapi masyarakat termasuk pemimpin politik.
Buku terbitan Karya Bestari itu turut mendapat perhatian Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah menerusi akaun Twitternya berkata, isi kandungan buku yang diberikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada suaminya, membuatkan hatinya tersentuh.
"Tersentuh benar nukilan-nukilan dalam buku ini mengenang anakanda Ammar," tulisnya.
"Naskhah ini dihadiahkan oleh Nik Aziz kepada Anwar (Datuk seri Anwar Ibrahim)," tulisnya lagi.
Pada November lalu, Allahyarham Ahmad Ammar dilaporkan media telah meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu.
Istimewanya apabila Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.
Susulan itu, sebuah karya mengenainya telah diterbitkan dan ditulis oleh ahli keluarga dan keluarga terdekatnya yang menceritakan kisah sewaktu hayatnya.
Buku itu akan kembali menemui pembaca di pasaran Jumaat ini.
Buku tersebut telah diulang cetak untuk kali ketiga setelah lebih seminggu kehabisan stok di pasaran.
Menurut Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharudin, sambutan yang diterima atas buku tersebut sangat luar biasa ekoran pihaknya menerima tempahan sebelum buku itu diterbitkan.

0 orang berkata:
Post a Comment