20/02/14
Azmin, Khalid di siasat
Jawatankuasa
Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan
Selangor (Selcat) memutuskan mengadakan pendengaran awam berhubung
kontroversi sekitar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pengerusi Selcat dan speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh berkata, untuk tujuan itu, antara
dipanggil Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri
Khalid Ibrahim sebagai saksi utama.
Pendengaran itu akan meneliti
kontroversi “pemecatan” Azmin sebagai anggota PKNS dan 22 lagi
kakitangan syarikat Selangor itu baru-baru itu.
Ia akan diadakan pada 25 dan 26 Mac, dua
hari selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang
ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
0 orang berkata:
Post a Comment