MB Selangor tegur Faekah
SHAH ALAM - Walaupun Faekah Husin dilihat cuba mempertahankan Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari segenap aspek, namun
bekas majikannya itu sebentar tadi, tidak bersetuju medium laman sosial
digunakan bagi tujuan itu.
Menurut Abdul Khalid, penggunaan laman mikro Twitter sebagai alat komunikasi dalam konteks ini boleh mencetuskan kemarahan awam.
"Saya juga mengharapkan kita tak boleh guna itu (laman sosial), sebagai satu usaha untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain.
"Satu usaha yang mungkin mencetuskan kemarahan dan juga mencetuskan rasa tidak percaya dan juga cuba menyokong sama lain.. juga sebagai satu alat komunikasi," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.
Faekah, bekas setiausaha politik Abdul Khalid itu aktif membuat serangan balas di laman sosial Twitter apabila pentadbiran Adun Pelabuhan Klang terbabit mendapat kritikan keras daripada pimpinan PKR.
Sebelum ini, Faekah telah membela Abdul Khalid dengan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan itu bernafsu besar dan pemimpin politik "luar" daripada Selangor perlu mempelajari undang-undang negeri itu.
"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitternya.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas timbul ura-ura Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan MB Selangor daripada Abdul Khalid berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
Perkara itu berterusan apabila menerima respon Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meminta Faekah tutup mulut.
Terdahulu, Faekah beberapa kali membidas Mohamed Azmin berhubung isu PKNS.
Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid menjelaskan, kenyataan Faekah itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili dirinya.
"Tidak, biasanya mewakili saya melalui kenyataan akhbar," katanya.
Selain itu, Abdul Khalid juga berkata tidak pernah merasa tersepit ekoran timbulnya kemelut PKR di Selangor.
"Tak ada, sebab itu saya boleh ke sana ke sini, minum teh jadi kita kena faham keadaan politik adalah untuk tarik perhatian masyarakat.
"Ia hanya spekulasi, dan itu tugas pengkritik, dan menganalisa," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment