03 February 2014
PRK KAJANG : ANWAR MENGAKU KALAH
Bakal
calon PKR bagi PRK Kajang, Anwar Ibrahim mengaku kalah siang-siang lagi
kalau MCA meletakkan Lee Chong Wei sebagai calon mereka.
Dalam
ceramah ringkas di Kajang semalam, Anwar mengambil kesempatan berjenaka
tentang cadangan agar jaguh bulu tangkis negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri), dicalonkan BN di Kajang untuk menyaingi popularitinya.
Menurut Anwar, beliau peminat tegar personaliti sukan itu dan sentiasa
mendoakan kejayaannya dalam setiap perlawanan, tetapi beliau akan
'mengaku kalah' seandainya perlu berhadapan dengan Chong Wei.
"Kalau dia nak datang sini saya mengaku kalah... (tetapi) mengaku kalah dalam badminton.
"Setiap kali dia bertanding, saya akan doakan kemenangan dia. Saya yakin
jika saya bertanding (di Kajang), dia pun akan doakan kejayaan saya,"
kata Anwar mengundang ketawa sebahagian hadirin.
0 orang berkata:
Post a Comment