Thursday, February 20, 2014
Apa Kata IGP Terhadap Ini?
Kenapa suara-suara sumbang begini dibiarkan?
Ketua Polis Negara, adakah komen Mingguan Malaysia bukti kebebasan bersuara?
Sonia Ramachandran - Dikemaskini 05:41PM Feb 20 2014
Ketua Polis Negara, adakah komen Mingguan Malaysia bukti kebebasan bersuara?
Sonia Ramachandran - Dikemaskini 05:41PM Feb 20 2014
PETALING JAYA:
Dengan sentimen perkauman dan keagamaan dimainkan di Malaysia sepanjang
masa, komen yang ditulis timbalan pengarang Mingguan Malaysia Azman
Anuar tidak kena pada tempat dan masanya.
Di dalam
tulisan yang menyelar rakyat berbangsa bukan Melayu yang berjudul
“Melayu, Islam dihina di Tanah Melayu!”, Azman berkata bahawa kaum bukan
Melayu terlupa bahawa nenek moyang mereka menjadi warganegara tempatan
kerana sikap tolak ansur Melayu.
“Kini apabila
mereka kaya raya dan beroleh kelebihan di bidang ekonomi dan politik,
kaum bukan Melayu lupa apa yang telah diberikan oleh orang Melayu,”
ujarnya.
Ahli
sains politik Dr Wong Chin Huat berkata: “Saya fikir Malaysia milik
kita bersama. Semua kita, samada suka atau tidak, berkongsi masa depan
bersama. Kita berjaya atau gagal bersama.
“Hari ini kita
dibelenggu pendapatan peringkat pertengahan. Kos sara hidup kian
meningkat dan tidak selari dengan gaji yang kita perolehi. Kita perlu
bersaing dengan negara-negara kaya. Caranya, ialah dengan menambah
kekuatan dan membantu golongan yang susah, tanpa mengira bangsa dan
agama.
“Seperti
Presiden Theodore Roosevelt (Presiden Amerika Syarikat ke 26) berkata:
‘Negara ini tidak akan berjaya bagi kita semua melainkan kita
menjadikannya tempat yang baik untuk kita diami’,” Wong memberitahu
theantdaily.
Beliau berkata negera wajar dipupuk dengan nilai perpaduan dan bukannya dipecahkan oleh hirarki.
“Jika mahu bermain permainan siapa yang hadir dahulu ke sini, kita wajar bertanya pada orang asli dan orang asal,” jelas Wong.
Jelasnya,
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) berkata: “Menjadi orang
Melayu, Cina, India, Sarawak, Sabah dan sebagainya ialah kuasa Tuhan.
Bukan kita menentukan siapa ibubapa kita dan di mana nenek moyang kita
dilahirkan. Kita hanya manusia yang bersaudara.”
“Pada Pak
Samad, saya lihat seorang Islam yang sejati yang menampakkan ketinggian
Islam. Islam melarang sifat perkauman. Perkauman hanya wujud bagi zaman
jahiliah.
“Kerana
terdapat manusia seperti timbalan pengarang itu, rakyat Malaysia perlu
menunjukkan sifat kasih sayang sesama kita dan tidak mengikut sifat
kebencian yang ditonjolkan beliau,” katanya lagi.
Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa rakyat Malaysia menghentikan
sentimen perkauman dan keagamaan tetapi kenyataan seperti yang
dikeluarkan Azman jelas membelakangi slogan 1Malaysia yang dilaungkan
Perdana Menteri.
Khalid
dilaporkan berkata, pihak polis akan menggunakan undang-undang
anti-pengganas (Akta Kesalahan Keselamatan (Tindakan Khas) 2012)
terhadap sesiapa yang menyebabkan ketegangan agama. Rakyat Malaysia yang
menyuarakan pendapat dengan lebih berhemah, katanya.
Azman menulis bahawa kaum bukan Melayu bermain api dan mendakwa mereka enggan menghormati budaya, bahasa serta adat Melayu.
“Tidak lama lagi, tebuan akan bertindakbalas kerana sarang mereka dijolok,” tegasnya.
Soalnya: Adakah
kenyataan Azman dan akhbar Umno tersebut tidak memainkan sentimen
perkauman dan keagamaan? Adakah beliau berhemah di dalam menyuarakan
pendapatnya?
Atau, adakah
ahli parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang betul, apabila bertanya: “Apa
yang dilakukan Ketua Polis Negara, dan di mana tindakan undang-undang,
apabila kebencian bertukar menjadi ugutan?”
Adakah Ketua Polis Negara hanya melindungi Umno?
0 orang berkata:
Post a Comment