Tuesday, May 6, 2014
Curfew Di Sabah: Berkesankah ESSCOM?
KM Sabah umum kawasan perintah berkurung
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan kerajaan negeri Sabah akan mengeluarkan perintah berkurung di kawasan tertentu di negeri itu susulan siri kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata.
Musa mengumumkan perakra itu selepas mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini selepas kejadian penculikan tersebut.
"Kita melihat keadaan ini sebagai satu ancaman yang membimbangkan. Ini adalah satu keadaan yang serius di mana ia perlu dibanteras secara habis-habisan," katanya.
Dalam kenyataannya, Musa berkata, tiada pergerakan dibenarkan sama sekali di kawasan perintah berkurung tersebut.
“Tidak ada pergerakan dibenarkan (di kawasan perintah berkurung) dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini," kenyataan itu dipetik.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan menubuhkan kawasan kawalan, yang mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu, katanya.
“Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan kawasan kawalan ini,” katanya.
Berikut adalah kesemua sembilan langkah utama yang akan dilaksanakan, seperti diumumkan Musa:

- Tindakan
drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu
mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan. Sesiapa yang
memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada
Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM akan memberi perincian mengenai
pelaksanaan Kawasan Kawalan ini.
- Mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah.
- Melaksanakan
Kawasan Perintah Berkurung di kawasan berisiko di mana tidak ada
pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan
ini.
- Langkah
jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan termasuklah
membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai
dan anggota ESSCOM, mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.
- Meningkatkan
keupayaan pasukan-pasukan keselamatan khususnya dari segi logistik
seperti jumlah bot laju (Speed Boat) berkeupayaan tinggi di kawasan
berisiko tinggi.
- Mengukuhkan
pelaksanaan gerak saraf dan perang saraf untuk mewujudkan kesedaran
dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di ESSCOM.
- Memperbaiki
segera saluran dan Standard Operating Procedure (SOP) komunikasi ESSCOM
supaya maklumat segera disalurkan dengan pantas kepada semua agensi
keselamatan di lapangan.
- Menguatkuasakan
Designated Route dengan segera di kawasan-kawasan yang berisiko di mana
pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.
- Meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep kapal induk untuk menjadi hab atau pelantar bagi pengisian minyak oleh bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos. - mk

1 orang berkata:
kate spade outlet online
kate spade handbags
polo ralph lauren outlet
canada goose jackets
oakley sunglasses for men
canada goose outlet
uggs canada
pandora charms outlet
ralph lauren polo
ed hardy outlet
chenminghui20180327
Post a Comment