DAP perlu tinggalkan PR jika tolak hudud
KUALA LUMPUR - MCA hari ini menggesa DAP meninggalkan Pakatan Rakyat untuk membuktikan parti itu benar-benar menolak Hudud.
Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataan di sini hari ini berkata, DAP hanya perlu memohon maaf kepada orang ramai kerana tindakannya itu dan bukan menyuruh Pas meninggalkan Pakatan Rakyat kerana PKR pun tidak kelihatan menolak pelaksanaan hudud.
Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataan di sini hari ini berkata, DAP hanya perlu memohon maaf kepada orang ramai kerana tindakannya itu dan bukan menyuruh Pas meninggalkan Pakatan Rakyat kerana PKR pun tidak kelihatan menolak pelaksanaan hudud.
"Kami belum nampak DAP mengambil sebarang tindakan praktikal untuk
menghalang Pas daripada membentangkan rang undang-undang persendirian,
tetapi terus memburuk-burukkan MCA dalam isu ini.
"Kecewa sungguh apabila melihat kerana gilakan kuasa, DAP mengetepikan kepentingan rakyat.
"Macam mana dua set undang-undang jenayah tidak mencampuri satu sama lain sedangkan kita hidup dalam persekitaran yang sama.
Konflik mengenai penukaran agama menjadi bukti jelas betapa tiada siapa
pun terkecuali daripada dua jenis kehakiman dan DAP serta Pas bersikap
tidak bertangungjawab apabila mereka menipu orang ramai," katanya.
Pas Kelantan, melalui anggota parlimennya, merancang membentangkan Rang
Undang-undang Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat bagi
mendapatkan kelulusan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah
(2) Negeri 1993 menjelang Disember tahun ini. - Bernama
1 orang berkata:
kate spade outlet online
kate spade handbags
polo ralph lauren outlet
canada goose jackets
oakley sunglasses for men
canada goose outlet
uggs canada
pandora charms outlet
ralph lauren polo
ed hardy outlet
chenminghui20180327
Post a Comment