DAP Sarawak henti komunikasi dengan Pas, PKR
KUCHING - DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua
komunikasi dengan Pas dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama Pas dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama Pas, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.
"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa Pusat Pas), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.
Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.
"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya. - Bernama

2 orang berkata:
Minta majlis raja2 mengadakan mesyuarat bersama suruhanjaya pilihanraya(spr) untuk megumbal perlembagaan berkaitan undang2 pilihanraya dinegara ini untuk wakil rakyat hanya bumiputera sahaja bagi menjamin dan menjaga kesejahteraan rakyat dimasa akan datang..cadangan ini amat baik,untuk malaysia lebih aman dan maju.makmur abadi selamanya..
bagus sangat kenyataan tu. korang dah nampak perangai cina tongsan ni... semua sama! Semenanjung Sabah Sarawak cinanya semua sama... asal Tanah Besar. Kalau ada lagi Islam sokong kafir ni... tak tau ler nak kategori jenis bangang kelas apa. Dah Terang-Terang tolak Islam!!!
Post a Comment