Azmin digesa ganti Presiden PKR?
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali terus dihimpit
kontroversi apabila sepanduk yang kandungannya meminta beliau
menggantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat
tergantung di kawasan bulatan di Seksyen 15, di sini, hari ini.
Sepanduk berwarna biru itu, terpampang wajah Azmin yang kini Menteri Besar Selangor dengan tulisan ‘Masa Untuk Reformasi Parti’ dan ‘Kami Mahu Ganti Azmin Presiden’.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, isu yang dibangkitkan itu tidak sepatutnya timbul ekoran pemilihan dan lantikan pimpinan telah selesai.
“Masanya (bangkit isu tukar presiden) agak pelik. Sebab sekarang bukan masa untuk bangkit isu pimpinan. Pemilihan baru lepas.
“Ya. Tak ada timbul sebab baru habis pemilihan dan lantikan,” katanya kepada Sinar Online melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.
Namun ketika ditanya soal kemungkinan sepanduk itu berunsur sabotaj, Fahmi tidak menjawab.
Sebelum ini, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding dalam Pemilihan PKR 2014 sementara, Azmin berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas berjaya menewaskan pesaingnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Manakala, seorang lagi pesaing dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkeluar daripada saingan selepas dipecat dari parti.
Azmin berjaya memperolehi 22,562 undi sementara Saifuddin 10,743 undi.

1 orang berkata:
Separuh daripada orang Melayu Negeri Sembilan ialah keturunan Waris Jakun, penduduk asal Tanah Melayu. Ini yang perlu difahami oleh Parti Gerakan.
Post a Comment