Hanya Melalui PR PAS Mampu Menang Pilihanraya - Ikhwanul Muslimin
Parti Islam dan bukan Islam patut bekerjasama, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin
"Tahaluf siyasi" yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti Islam itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.
Tareq berkata hanya melalui pakatan dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS akan mampu menang dalam pilihan raya dan menambah bilangan kerusi di Parlimen.
Dalam satu forum di ibu negara anjuran Lajnah Antarabangsa PAS bersama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS malam tadi, Tareq berkata dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil bagi PAS memenangi pilihan raya berdiri sebagai parti bersendirian.
"Untuk menang kerusi Parlimen di Malaysia, pakatan satu-satunya cara untuk menang dalam Islam.
"Kecuali kita ubah struktur Malaysia secara demografi, inilah dia, itulah logiknya," katanya.
Beliau berkata matlamat dalam pakatan berkenaan seharusnya dijalin untuk jangka masa panjang.
"Kamu bersetuju dengan beberapa syarat sebab ada matlamat jangka panjang.
"Sama ada kamu tidak amalkan (pakatan) sekarang atau langsung (tidak berpakat)," katanya.
PAS berhadapan situasi kritikal dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat berbeza pandangan dalam isu pelantikan menteri besar Selangor dan gagal mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR untuk menjawat jawatan itu.
Parti Islam itu sebaliknya menghantar lebih daripada dua calon, menurut kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, sedangkan rakan komponen PR dari PKR dan DAP bertegas menghantar nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Ekoran itu, walaupun krisis pelantikan MB Selangor sudah selesai, namun dalaman PAS terus berkrisis.
Tareq bagaimanapun berkata, pakatan yang dijalinkan itu tidak seharusnya dianggap sebagai prinsip, sebaliknya sekadar taktik politik.
"Itu bukan prinsip, itu taktik, jangan keliru," kata Tareq dalam ceramahnya di hadapan lebih 100 hadirin di Vistana Hotel, malam tadi.
Konsep kerjasama politik PAS itu dikritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR adalah untuk "menghalalkan yang haram".
Malah, beliau berkata PAS bijak menggunakan istilah Arab yang berbunyi seperti istilah Islam demi kepentingan politik mereka serta menuduh apa yang dilakukan Umno yang bekerjasama dengan MIC dan MCA adalah haram.
Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohamed Asri Zainul Abidin berkata, perkataan tahaluf siyasi itu hanyalah bahasa Arab yang kelihatan seolah-olah menggambarkan Islam.
Beliau berkata dengan menggunakan perkataan Arab, masyarakat akan melihat seolah-olah ia mewakili Islam.
Tareq turut berkata, mana-mana pemimpin yang disokong seharusnya mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi, dan bukan atas faktor individu.
"Jangan sokong atas faktor individu, tetapi sokong atas dasar prinsip," katanya.
Beliau berkata, ilmu mahu pun tahap keimanan seseorang itu juga tidak melayakkan dirinya menjadi pemimpin yang baik tanpa keupayaan kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. – TMI
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI

1 orang berkata:
Ikhwan nul muslimin tak payah nak cakap politik malaysia.
Ikhwan menang di mesir bila bergabong dengan puak sekular
Tapi akhirnya apa jadi? Puak sekular itu juga yang belot dan bersekongkol dengan tentera mengguling kan Ikhwan.
Adakah di malaysia ,PAS kena ikut cara ikwan? Jadi ,pegilah balik ikhwan. Perbetul dan perkuatkan ikhwan di mesir,sebelum nak ngajar PAS.
Antara masir dan malaysia, demograhy nya jauh beebeza.
Atau, si Ikhwan ni di upah untok menjatuhkan preiden PAS.?
Post a Comment