Gambar intim: Zairil pertimbang ambil tindakan
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tidak
menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang
menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana
Sofya Mohd Daud yang kini menjadi viral dalam media sosial sejak awal
pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP juga menafikan sekeras-kerasnya sebagai pelaku dalam gambar itu sambil menyifatkannya sebagai fitnah untuk menjatuhkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.
"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.
"Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Online, hari ini.
Awal pagi tadi, gambar dua mereka menjadi viral apabila ia mula tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan.
Gambar intim sebanyak sembilan keping itu menunjukkan aksi intim didakwa menyerupai Zairil dan Dyana dalam posisi berpelukan sama ada berpakaian secara formal mahupun tidak formal di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.
Salah satu blog yang menyebarkan gambar intim itu bagaimanapun mahu dua pemimpin Melayu DAP tersebut tampil menafikan perkara tersebut.

1 orang berkata:
toksah dok pertimbang tindakan... buat jer terus. saman ka apa ka... kalau betul la ko tak buat!
Post a Comment