Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATUT LE TUHAN SUMBAT DIA KAT DALAM

Monday, October 20, 2014

Terbukti sikap Anwar Ibrahim dengan ulama !..

Ramai umat Islam Malaysia amat berharapkan Anwar Ibrahim akan menaikkan imej islam di Malaysia,,, betui ka,, sebab Anwar pun ada imej Islam juga,, he he.. bagi aku Anwar hanya berminat dengan islam sekular,, sama sebiji dengan umno,, itu pasal Anwar sanggup duduk dalam umno, jikalau Mahathir tak pecat Anwar, rasanya Anwar dan jadi presiden umno dan PM Malaysia... 

Bila Presiden Pas di berikan tanggungjawab dan amanah sebagai Naib Presiden Ulama Sedunia, Anwar dah tak sedap duduk, ditambah pula dengan isu MB Selangor, imej Anwar semakin merudum dari pandangan sebahagian rakyat Malaysia, maka Anwar cuba nak menaikkan imejnya, maka macai-macai Anwar telah mengimport masuk seorang ulama sekular dari Amerika ke Malaysia... 


Dr Tariq Suwaidan kata meletakkan ulamak sebagai pemimpin atau ketua dlm kerajaan adalah ajaran syiah. Dan pas dianggap mengambil idea syiah apabila ada pemimpinnya yg melawat iran selepas revolusi iran 1978 dan meletakkam kepimpimpinan ulamak sebagai pendekatan baru dlm pas pd tahun 1982.
Apakah hujah Tariq Suwaidan berdasarkan hukum quran dan sunnah atau akal logik beliau?
Apakah beliau lupa Khalifatul Rasul semua adalah ulamak yg juga umarak?
Adakah beliau lupa khalifah omar bin abdul aziz dan ramai lagi khalifah dlm islam adalah juga ulamak dan umarak?
Adakah hujah Tariq Suwaidan bertolak dari fahaman sekularis yg memisahkan "church and state", yg menyatakan "leave the church to God and leave the state to the people" ? Apakah urusan negara tidak boleh dikendali oleh ulamak? Bukankah ini satu pemisahan antara urusan negara dan agama?
Ini satu penghinaan kpd para sahabat nabi dan khalifah.
Hati hati dgn org sekularis yg menyokong sekularis dlm kalangan orang Islam. Amat bahaya pemikiran Islam moderate beliau. Beliau anggap diri beliau sebagai islam moderate.
PM Turki Erdogan kata tidak ada islam moderate atau islam liberal. Yg ada hanya Islam. Islam adalah islam.

Nak tau siapa Dr Tareq Al Suwaidah ni..

Tariq Suwaidan bukan seorang ulamak. Beliau hanyalah seorang jurutera petroleum. Beliau dibesarkan di Amerika sejak di sekolah menengah lagi. Belia mempunyai kad pengenalan penduduk tetap Amerika. Beliau anggap dirinya sebagai Islam Moderate. Pandangan beliau iaitu ulamak tidak boleh dilantik sebagai ketua atau pimpinan dalam kerajaan kononnya adalah dari ajaran Syiah amat SESAT. Tariq Suwaidan menghina Nabi sebagai ulamak dan pemimpin masyarakat. 4 Khalifatul Rasul yang pertama adalah ulamak dan umarak. Banyak lagi Khalfah dalam Islam adalah ulamak yg menjadi ketua dan pemipin dalam masyarakat. Pandangan beliau tidak bersandarkan kepada Al Quran dan Sunnah tetapi akal dan nafsu Islam Moderate yang menyeleweng.

Tariq Suwaidan membawa pemikiran sekular, memisah agama dan urusan negara. Pemikiran ini sama dengan BN, DAP, dan PKR iaitu memisahkan agama dari politik. Kalau ikut fatwa As Syeikh Mustafa Sobri di zaman Khalifah Uthmaniah, jalan paling dekat untuk jadi murtad ialah memisah agama dan urusan negara. Tariq Suwaidan aalah penyokong Bush semasa Amerika membunuh rakyat Iraq dan memusnahkan Iraq dalam Gulf War 1991. Beliau telah dipulaukan selepas itu hampir 10 tahun kerana kenyataan bodoh beliau yang menyokong Bush membunuh umat Islam di Iraq.


Pemikiran Tariq Suwaidan adalah pemikiran sekularis. Hanya sekularis akan menyokong sekularis. Begitulah bahayanya pemikiran Islam Moderate. DAP, PKR dan BN adalah sekularis. Beliau dibawa ke Malaysia oleh IIIT dan Abrar Group dengan kerjasama IKRAM (pecahan JIM) untuk memulihkan imej Anwar Ibrahim setelah kredibiliti Anwar tercalar akibat gagal dalam Kajang Move, dalam meletakkan DSWA sebagai Menteri Besar Selangor, dan apabila TG Presiden PAS dilantik menjadi Timbalan kepada Prof Dr Yusuf Qardawi. Harapan mereka, dengan hadirnya Arab Kuwait berjubah dan berserban serta berjanggut ini, mereka akan dapat memulihkan semangat orang-orang Anwariyun dalam PKR, PAS, dan IKRAM serta memberi momentum baru kepada Anwar dan penyokongnya untuk bersatu dalam menghadapi keputusan mahkamah akhir Oktober ini.



Aku tak hairan dengan sikap Anwar ni,, ingat balik sebelum ni...



kalau Anwar seorang islamik, tak bolehkah sama-sama membantu pas menerangkan apa itu hudud kepada kaum Cina?..

Sekarang rakyat sudah mengenal siapa Anwar,,, sehingga SUA Pkr terpaksa mengeluarkan surat jemputan yang tidak pernah berlaku sebelum ini..


Sama-sama kita tunggu 28 Oktober ini , moga-moga hakim-hakim yang melaksanakan tugas dapat menjalakan tugas mengikut hukum undang-undang dan kerana Allah Taala, bukan kerana arahan seseorang...



5 orang berkata:

Anonymous said...

AL-ISLAM YA'LU WA LA YU'LA 'ALAIH!!! Faham ni betul-betul!! Jgn dok gila nak sentuh anjing ja... hukum-hakam tak faham. Sibuk impot masuk ulamak apatah... IIIT adalah tempat anwar menyerang Islam secara halus. Student UIAM/IIUM amat faham situasi ini semasa anwar jadi Presiden UIAM... hinggakan ramai pensyarah yg berkata benar (hukum Islam) dibuang & student digantung. !!!

Anonymous said...

Kita tunggu hukum& takdir allah kpdnya.....bukti menjubur tu adalah jelas...kita serah saja pd allah...biar hukuman ini menjadi pengajaran pdnya & ummat pkr amnya.

Anonymous said...

Habis dh kredibiliti...hancur.. Nk bina kembali truk..la untuk pilihanraya nanti.. Mata hati rakyat nmpak gerak geri dan bual bicara keadaan semasa..

Anonymous said...

Soal liwat tk liwat aku tk berani nk tudoh,cuma yg aku fikirkan kalau anwar ini berminat dengan islam,dari dulu lagi dia menyertai pas menegor kalau ada kelemahan pas,sama2 membaiki pas,tidak perlu menubohkan parti lain,harap2 org pas tidak terpengaroh dengan anwar ibrahim-bukit bidang selising

Basar said...

Hanya anwaris, dap dan pkr mengangap jurutera petrolium ulamak.
Sebab orang arab pakai jubah dan sarban
Tu time dia mai kl anwar suruh pakai
Dia duduk us pakai guana pulak.

Nabi, khalifah empat syiahkah
Bukankah nabi adakan majlis syura
Khalifah berempat juga adakan majlis syura
Bukankah AJKP juga adalah majlis syura dalam urusan dunia
Syiah jugalah.

Lepas tu sibuk mempertahankan tahlul siyasi, wadah utama untuk anwar bukan Islam.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.