Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, October 01, 2014

DAP SAMAN PAS : TAK SENGAJA ATAU WAYANG ?

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah membatalkan Writ Saman yg difailkan oleh Lim Guan Eng DAP terhadap Nasrudin Hassan Tantawi PAS.


Perintah pembatalan tersebut dibuat oleh Puan Rashidah Bt Baharom - Penolong Kanan Pendaftar, disebabkan kegagalan Peguam LGE untuk mematuhi Aturan Pliding tentang keabsahan Writ Saman, iaitu kegagalan untuk menandatangi Writ Saman tersebut yg menjadikan dokumen tersebut tidak sah utk didaftarkan di Mahkamah.
Peguam LGE cuba memberi penjelasan dan mendesak Mahkamah menerima dokumen yg cacat tersebut, namun Mahkamah menegaskan bahawa Aturan Pliding dan Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan Writ Saman tersebut dan memberikan kebebasan kepada LGE untuk memfailkan semula.
LGE diwakili oleh Peguam S Shanmugan manakala YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi diwakili oleh Peguam Wan Rohimi Bin Wan Daud - MT
Kita berasa pelik apabila Lim Gun Eng DAP yang banyak pengalaman kerana beberapa kali menyaman pihak lain tetapi kali ini writ saman terbatal hanya kerana 'writ itu gagal untuk ditandatangani'!

Apakah ianya tak sengaja atau disengajakan oleh pihak Lim Guan Eng DAP?

Dan sehingga artikel ini ditulis, anak Lim Kit Siang DAP itu masih mendiamkan diri tidak memberi respon sama ada beliau akan memfailkan semula saman beliau terhadap pemimpin PAS itu.

Janganlah pula Setiausaha Agung DAP itu buat-buat tidak tahu, mengharapkan rakyat terlupa dan sengaja melengah-lengahkan memfailkan semula saman tersebut.

Jika beliau berbuat demikian, rakyat sudah pasti menganggap pemimpin DAP itu menyembunyikan sesuatu yang salah dan melanggar undang-undang.

Dalam masa yang sama, rakyat juga mahu melihat sendiri bukti-bukti yang dimiliki oleh ahli pemimpin PAS itu vs Lim Guan Eng DAP.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Wayang china sahaja. Kalau benar benar ke mahkamah akan terbongkar kejahatan cina dap.

Anonymous said...

Mampus lah dap...baru pegang satu negeri dah menampakkan kebusukan terhadap org melayu dan islam.

Mmg kominis brtopengkn socialist

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.