Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hantar cadangan perbaiki prosedur pembalakan

  • Abu Kassim (dua, kiri) pada sidang media di Pejabat SPRM Kelantan, semalam. Abu Kassim (dua, kiri) pada sidang media di Pejabat SPRM Kelantan, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan menghantar cadangan untuk penambahbaikan kepada prosedur pembalakan di Kelantan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, langkah tersebut adalah bagi mencadangkan kerajaan negeri supaya satu prosedur yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi dan telus diguna pakai bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah.

“Sebelum ini kita beri cadangan kepada Pahang apabila isu (tanah runtuh) Cameron Hingland dan kita ada beri cadangan kerajaan negeri Kelantan semasa kes perlombongan emas di Gua Musang, tetapi saya tidak mengatakan ia merupakan penyebab kepada banjir sekarang,” katanya kepada media di sidang akhbar penubuhan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir, di sini semalam.

Beliau diminta mengulas dakwaan pelbagai penggunaan tanah secara tidak terkawal melibatkan beberapa kawasan di pedalaman Kelantan sejak tahun 2006 lalu sehingga menjadi penyebab banjir besar berlaku di Kelantan.

Abu Kassim berkata, siasatan sentiasa dilakukan pihak SPRM bukan hanya di Kelantan sahaja, malah kerajaan negeri lain juga turut diberikan opsyen bagi mengelak berlakunya rasuah.

“Kita ada beberapa kaedah siasatan melibatkan aktiviti pembalakan ini, kita akan siasat dan bawa ke mahkamah jika ada keterangan, tetapi kalau keterangan tidak cukup, kita akan kaji sistem dan prosedur yang digunakan, jika ia dapati ada keperluan untuk diubah, maka kita mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya perubahan dasar dilakukan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.