Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isu Surat Sokongan Kepada Penjenayah : Zahid Kantoi Dan Dimalukan Oleh Hishammudin KAW2.


Kesian kau Zahid. Sekali geng sendiri yang kantoikan kau.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

TMI melaporkan pada minggu lepas Zahid mengakui telah menghantar surat kepada FBI atas permintaan peguam bela Paul Phua bagi membantu siasatan FBI ke atas Paul Phua dan anaknya yang ditahan dalam satu serbuan ke atas kegiatan perjudian haram.

Ini apa yang dikatakan oleh Zahid menerusi laporan tersebut ;

Minggu lepas, Zahid menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI berhubung kes Phua atas alasan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya.

Dan kemudiannya. Hishammuddin diminta mengulas tentang penjelasan yang diberikan oleh Zahid Hamidi kepada pihak media. Hishammudin pula menjawab begini ;


Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk mana-mana pihak, bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Zahid sebelum ini yang dikaitkan dengan kontroversi surat kepada FBI berkenaan status raja judi, Paul Phua Wei Seng berkata proses tersebut pernah dilakukan oleh menteri terdahulu.

Hishammuddin sebelum ini memegang portfolio menteri dalam negeri dari 2009 hingga 2013 sebelum bertukar kepada portfolio menteri pertahanan.

"Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan," katanya semasa ditemui pemberita di Putrajaya pagi tadi.

Tue dia.

Sekali Hishammudin tak mengaku pula dah.

Padan muka kau Zahid. Terang2 kau terkena. Kau ingat Hishammudin nak bagi tengkuk depan media ka untuk kantoikan diri sendiri? Bodoh gak kalau kau nak fikir macam tue.

Sepatutnya kau kena faham ;

1. Kau dah kantoi dalam isu surat sokongan.

2. Kabinet Malaysia memaklumkan mereka tak aware dengan tindakan kau dan akan panggil kau untuk memberikan penjelasan kat situ jek dah membuktikan tindakan kau memang boleh menimbulkan kecurigaan. Walaupun kabinet telah menerima penjelasan kau tetapi tindakan kau memang 'fishy' sebab tue kabinet panggil kau untuk jelaskan perkara tersebut.

3. PDRM pun menafikan yang mereka aware dengan surat tersebut.

4. Surat tersebut bukan tidak dihantar melalui protokol laluan rasmi yang membabitkan dalam pengetahuan kementerian luar negeri.

5. Sekarang semua orang tatau dan surat tersebut dianggap sebagai surat yang dihantar atas kapasiti peribadi namun menggunakan jawatan rasmi untuk memberikan sokongan secara tidak langsung ke atas Paul Phua. Ayat sokongan secara tidak langsung dinyatakan melalui pernyataan memohon agar Paul Phua dibenarkan pulang dan Paul Phua pernah membantu negara dalam beberapa perkara yang membabitkan keselamatan negara.

6. Jika Hishammudin mengakui dia pernah melakukan perkara yang sama, sudah tentu la rakyat Malaysia dan pihak media akan terus korek kepada siapa pula Hishammudin berbuat demikian? Penjenayah mana pula yang Hishammudin bela kali neh? Maka lebih baik la Hishammudin tak kantoi sebelum disemburkan dengan persepsi demi persepsi yang boleh merosakkan imej dan intergriti dia. Teruk2 dia cover line selepas insiden Lahad Datu dalam isu MH370. Takan ko nak rosakkan plan dia plak kot Zahid?

Zahid.. ooo Zahid. Kau dah kantoi. Kau rasa pemimpin2 UMNO nak ke kantoi bersama2 kau? Time menipu, buat polisi bangang dan menyusahkan rakyat, ya kita bersama-sama tetapi time kita jatuh, kantoi, dilanda masalah itu ko punya pasal. Ada aku kesah? Itupun tatau ka Zahid?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.