Kali Ini TGNA Nik Aziz Betul-Betul Masuk ICU, Bukan Fitnah... Doakan Untuknya...
Nik Aziz masuk ICU
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang ini.
“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.
“Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” kata anaknya Nik Abduh.
Menulis di Facebook sebentar tadi, Nik Abduh (kanan) meminta orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya.
Beliau akan memaklumkan perkembangan berkaitan daripada masa ke semasa.
“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.
“Doakan semoga ayahanda kembali sihat,” tulis Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
Semalam uzur biasa
Nik Abduh semalam berkata ayahnya yang juga bekas menteri besar Kelantan cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit baru-baru ini.
Walaupun keletihan, menurut Nik Abduh lagi, ayahnya berada di rumah dengan aktiviti biasa, termasuk berjalan, membaca dan rehat.
Sementara itu Bernama semalam melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) sebagai berkata gambar 'viral' Nik Aziz yang terbaring kerana uzur adalah gambar lama.
Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Aziz, 83, yang terbaring sambil ditemani anggota keluarga dalam sebuah bilik.
Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui Nik Aziz sebelum bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaannya ketika itu cuma sakit biasa.
Sementara Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.
Sebelum ini, Nik Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Terdapat juga khabar angin dan laporan palsu pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung. -mk
ULASN GB
Kita doakan agar TGNA segera sembuh.
Semalam apabila GB memetik laporan dari sebuah portal mengenai keuzuran TGNA, ada juga yang persoalkan berita tersebut... TMB Kelantan, Nik Amar menyatakan gambar yang disiarkan di "FB Hanya Di Kelate" adalah gambar lama. Harakahdaily pun melaporkan itu gambar lama. Soal gambar pula yang dipertikaikan. Gambar atau foto lama bukan isunya. Yang utama ialah kita mendapat maklumat bahawa TGNA uzur... dan kita meminta rakyat Malaysia mendoakan kesihatan dan kesajahteraan TGNA.
Seorang pengkomen di blog GB siap tuduh GB ada agenda menyiarkan gambar lama dan berita berkenaan.
bukankah anak TGNA sendiri mengatakan gambar ini gambar lama dan beliau uzur biasa.. mengapa GB masih siarkan seolah-olah nak sebar fitnah bahawa TGNA sakit teruk sangat.. by anam
Ada pula uzur biasa dan uzur luarbiasa. GB sebar fitnah katanya.
Uzur tetap uzur, tak kira tinggi atau rendah darjahnya. Yang penting seperti GB utarakan di atas semalam ialah doakan kesihatan TGNA agar segera pulih. Salahkah begitu?
Hukum kebenaran berjalan. Kebenaran terbuka dengan sendiri. TGNA betul-betul sakit dan uzur dan dimasukkan ke ICU... bukan fitnah. Dan sekarng baru nak terkebil-kebil biji mata bila baca laporan dari Nik Abduh sendiri.... bahawa TGNA dimasukkan ke ICU di HUSM...
Hentikanlah berprasangka buruk. Yang kita utamakan ialah penyebaran maklumat yang benar dan meminta semua mendoakan kesejahteraan dan kesihatan TGNA. Semuga Allah menerima dan memperkenankan doa kita.
p/s atau apakah nak siarkan laporan itu pun kena rujuk MSU dan Tn Presiden terle bih dahulu?
0 orang berkata:
Post a Comment