Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dua model rumah untuk mangsa banjir - TPM

20/01/2015 8:42pm

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan dua model rumah bernilai RM48,000 seunit bagi pembinaan semula rumah mangsa banjir yang musnah sepenuhnya akibat bencana itu baru-baru ini

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rumah berkeluasan 660 kaki persegi itu menggunakan kaedah binaan terus di atas tanah dan binaan di atas tiang setinggi lapan kaki dari aras tanah.

Beliau berkata, rumah itu mempunyai tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, satu tandas dan satu bilik mandi.

"Kita tetapkan tempoh pembinaannya perlu siap maksimum 75 hari dan untuk pastikan ia siap mengikut tempoh itu, kita akan melantik sebanyak mungkin kontraktor berwibawa bagi elak kelewatan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pelan tindakan pasca banjir di sini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, jumlah rumah yang rosak sepenuhnya akibat banjir di seluruh negara adalah 2,606 buah di mana 2,374 buah adalah di Kelantan. - Bernama


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.