Terdapat kesilapan dalam pertuduhan Khir Toyo
PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan mengaku di Mahkamah Persekutuan di sini
hari ini bahawa terdapat kesilapan dalam pertuduhan terhadap bekas
Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang disabitkan atas
pertuduhan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo untuk dirinya dan
isteri.
Timbalan Pendakwa raya Masri Daud juga mengaku bahawa tiada pindaan dibuat terhadap pertuduhan.
Beliau berkata pihak pendakwaan hanya menyedarinya apabila kes berada di peringkat rayuan dan menambah pertuduhan tidak boleh dipinda selepas Dr Khir didapati bersalah.
"Pertuduhan itu seharusnya menyatakan Dr Khir, atas sifatnya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (dan tidak atas kapasiti sebagai menteri besar). Tetapi saya berhujah bahawa kesilapan itu boleh diperbetulkan di bawah Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah," kata Mohd Masri.
Beliau berhujah bahawa sabitan Dr Khir tidak patut dibatalkan kerana kesilapan yang dilakukan tidak menyebabkan kegagalan menegakkan keadilan, sambil menambah bahawa sebagai menteri besar Selangor ketika itu, Khir juga secara automatik pengerusi PKNS.

Mohd Masri juga berkata tiada tanda-tanda bahawa Dr Khir dikelirukan kerana kesilapan dalam pertuduhan.
"Perayu (Khir) menyandang dua jawatan pada masa itu," kata beliau dalam rayuan akhir yang difailkan oleh Dr Khir yang memohon untuk mengetepikan sabitan dan hukumen penjara 12 bulan ke atasnya.
Hakim Zulkefli yang mempengerusikan panel lima orang hakim berkata "prinsip asas undang-undang jenayah menyatakan bahawa unsur-unsur penting dalam pertuduhan mesti dibuktikan."
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Khir berhujah bahawa walaupun pertuduhan menyatakan bahawa anak guamnya telah menggunakan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor untuk mendapatkan tanah dan hartanah di bawah nilai pasaran, perbicaraan bagaimanapun merujuk kedudukan Dr Khir sebagai pengerusi PKNS.
Selepas mendengar hujah daripada Mohd Masri dan hujah balas daripada peguam Shafee dan Kamarul Hisham Kamarudin, Hakim Zulkefli berkata mahkamah menangguhkan keputusan rayuan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Hakim (Zulkefli) berkata mahkamah menangguhkan keputusannya kerana ia memerlukan masa untuk meneliti semua isu yang dibangkitkan dalam rayuan.
Beliau berkata mahkamah juga akan menyampaikan alasan penuh penghakiman.
Panel itu, yang juga dianggotai Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali menyambung sidang untuk mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.
Mahkamah mula mendengar rayuan itu pada 9 Disember tahun lepas.
Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Khir, 50, bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan ke atasnya.
Hartanah itu dikatakan diperoleh empat tahun lalu daripada Shamsuddin Hayroni yang menjadi pengarah Ditamas Sdn Bhd.

Dr Khir dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar
Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan supaya hartanah terbabit dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.
Pada 30 Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Dr Khir kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment