Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kejadian berlaku dalam sekelip mata - Pembantu juruterbang helikopter


01/01/2015 6:58pm

KOTA BHARU - "Kejadian itu berlaku terlalu cepat dalam sekelip mata sahaja dan sedar-sedar saya berada di hospital," kata pembantu juruterbang Asisten Superintendan Hasli Hassan menceritakan bagaimana helikopter yang dinaikinya terhempas di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah semalam.

Hasli berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, ketika helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu terhempas penglihatannya menjadi gelap sebelum beliau tidak sedarkan diri.

"Ketika itu, kami berada pada ketinggian kira-kira 300 kaki (91.44 meter) sebelum terhempas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

Hasli mengalami kecederaan pada bahagian lutut kanan dan Juruterbang, Asisten Superintendan Amirul Adli Ahmad yang mengalami keretakan pada tulang belakang kini dirawat di hospital yang sama.

Seorang lagi anggota, Sarjan Mejar Mohd Hood Abd Majid kini dirawat di Hospital Tanah Merah manakala Lans Koperal Arhafidah Zakaria telah dibenarkan pulang. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.