MP BN undi hudud ikut suara hati
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen BN akan mengundi mengikut pilihan atau
suara hati masing-masing sama ada menyokong ataupun menolak pelaksanaan
hudud di Kelantan.
Ketua Whip BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, disebabkan hudud
berkaitan kepercayaan dan agama, BN tidak mengeluarkan sebarang arahan
kepada wakil rakyatnya untuk mengundi atas pilihan tertentu.
“Saya ingat tiada masalah bagi orang Umno (untuk sokong hudud).
“Suara hati termasuk (mengambil kira) apa yang terbaik untuk rakyat dan
negara dan bukan apa yang terbaik untuk diri anda kerana anda mewakili
rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jangkaan sama ada ahli Parlimen
Umno akan memberi sokongan kepada Pas supaya parti itu mendapat majoriti
mudah di Dewan Rakyat bagi rang undang-undang persendirian yang
dijangka akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang juga ahli Parlimen Marang pada 9 April.
Rang undang-undang persendirian itu dibentangkan bagi membolehkan
undang-undang hudud, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan
2015) yang diluluskan Dun Kelantan 19 Mac lalu, dilaksanakan.
“Apa yang penting sekarang ialah sokongan daripada parti dalam PR
terhadap hasrat Pas itu. Apabila mereka sudah selesai menyatakan
pendirian dan menyokong, ketika itu Umno akan bagi maklum balas,”
katanya.
1 orang berkata:
Buatlah apa yg terbaik utk negeri akhirat
Post a Comment