Hudud harus dilaksanakan dengan adil dan betul
KUALA LUMPUR - Sebarang pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan
harus mengikut cara adil dan betul, kata Presiden Pertubuhan Pemikir
Agenda Watan Malaysia (Pemikir), Tan Sri Abdul Aziz Yassin.
Beliau berkata, umat Islam wajib mengikuti undang-undang Islam itu sementara pelaksanaannya haruslah berlandaskan syariah.
"Walaupun Pemikir tidak membantah pelaksanaan undang-undang itu, namun pelaksanaannya memerlukan kajian dan perbincangan menyeluruh bagi mengelak ketidakadilan dalam pelaksanaannya kelak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemikir di sini, hari ini.
Beliau mengulas keputusan Dun Kelantan pada 19 Mac meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
Dalam pada itu, Abdul Aziz menyokong nasihat anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya MCA dan Gerakan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.
"Kita tidak pernah campur tangan dari segi agama mereka...mereka juga tidak mengetahui berkenaan hukum Islam," kata Ismail Sabri.
Gerakan pada Rabu lepas memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu, atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Seorang pemimpin MCA pula dilaporkan berkata parti itu harus memutuskan hubungan dengan Umno berhubung sokongannya terhadap RUU itu di Dun Kelantan. - Bernama

5 orang berkata:
semuanya pasal rahmat Tuhan je..
kalo xda rahmat Tuhan..
jalan sekular pun kita x kenal..jalan sekular dgn jalan Tuhan pun kita xleh beza..
siap bleh hukum org lain pulak yg sekular/sesat/munafiq dan sebagainya dan kita pula maksum belaka.. walhal dah terang2 lagi benderang dah yg kita pun duduk dalam 1 jalan sekular yg sama..
kalo xda rahmat Tuhan..
dah terang2 lagi benderang duduk sebelah menyebelah dalam 1 bas sekular yg sama pun xnampak..yg dia nyanyikan/nampakkan ialah org lain je sekular sesat dan sbgnya hehe...
wallahuaklam..
Sekurang-kurangnya pas Kelantan dah berusaha agar hudud dilaksana. Terlepas tanggungjawab bila berdepan Allah esok. Yang menentang dan tidak menyokong tu bersedialah dengan jawapan masing2 ketika berdepan Allah besok terutamanya para pemimpin yg mempunyai kuasa utk melaksanakannya.
Tak sudah2 dgn alasan perlukan kajian, kajian, kajian.... Sapa nak buat kajian? Bila nak mula buat kajian? Nak tunggu matahari terbit dari barat dulu baru nak mula buat kajian?
Setakat ini hanya pas Kelantan dan tengganu sja yg ada usaha buat kajian. Bila pas dah buat kajian, tak nak terima pulak, tak nak sokong pulak. Nak buat kajian sendiri? Memang jauh panggang dari api la.
Esok, lusa, tulat, tahun depan, 10 tahun akan datang, 100 tahun akan datang tetap dgn alasan sama; perlukan kajian, perlukan kajian, perlukan kajian..... Tapi kalau tang benda2 lain laju aje buat kajian. Kadang2 tak payah kajian pun jalan terus. Tang hudud macam2 pulak alasan.
Undang2 kafir rakyat tak faham semya pun kamu boleh laksanakan mengapa pula hudud lepas kajian suruh buat kajian ula inlah mainan si munafik
Sifat manusia yg ragu2 dgn hukum allah ja yg suruh buat kajian....allah mengetahui akan sifat naluri makhluknya...hukum yg diturunkan amat sesuai....keraguan itu timbul disebabkan fahaman sekular iaitu akal lebih utama drp syarak....x kira siapa pun kalau letak akal lebih tinggi drp syarak maka jadilah spt orientalis. Kekurangan keyakinan disebabkan kenipisan iman yg ada....kenipisan disebabkan kekurangan ilmu agamanya....kekurangan ilmu agama disebabkan mengejar ilmu dunia....itulah sekular kalau nak tahu..anon 8.55
Post a Comment