BERPOLITIK BIAR PANDAI, JANGAN JADI BODOH, KERAJAAN KELANTAN YANG MAHU ITU HUDUD BUKAN PARTI PAS, KERAJAAN DAN PARTI DUA PERKARA YANG BERBEZA, ITU SEBAB KERAJAAN KELANTAN LANTIK SAMA HADI SEBAGAI WAKIL KERAJAAN KELANTAN UNTUK DI BENTANGKAN KE PARLIMEN, KALAU MAHU MARAH, LU MARAH LA SAMA ITU KERAJAAN KELANTAN, - Pak Karamu
DAP dedah bukti Abdul Hadi khianat PR
KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook hari
ini mendedahkan bukti pengkhianatan pemimpin tertinggi Pas apabila
wujudnya surat permohonan untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian
(RUU) ke sidang Dewan Rakyat kali ini.
Beliau mendakwa surat yang ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu telah dikemukakan kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu bagi membolehkan RUU mengenai bidang kuasa mahkamah syariah itu dibentangkan di Parlimen.
"Hari ini saya ingin mengemukakan satu bukti bahawa presiden Pas itu telah mengemukakan satu usul Peraturan Mesyuarat 27(3) untuk mencadangkan RUU kepada Parlimen.
"Surat ini telah dihantar pada 18 Mac lalu pada jam 4.48 petang kepada setiausaha Dewan Rakyat, iaitu hari yang sama semasa Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban mempersoalkan tindakan Abdul Hadi itu yang jelas melanggari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu.
Katanya, mengikut keputusan mesyuarat itu, sebarang pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dan Usul Persendirian hendaklah dibentangkan kepada Majlis Pimpinan PR untuk dibincangkan.
"Ini adalah janji Abdul Hadi sendiri pada mesyuarat 8 Mac lalu, walaupun kita ada mesyuarat 12 Mac lalu, namun Pas hanya bentang draf enakmen hukum hudud, walaupun kita tidak bersetuju namun Pas tetap bentangkannya juga.
"Sebaliknya RUU itu tidak pernah dibentangkan (oleh Pas), jadi sekarang ini bukti jelas bahawa Abdul Hadi telah membentangkan RUU itu tanpa mengikuti keputusan yang telah dicapai," katanya.

1 orang berkata:
Apabila undang2 tertinggi diwartakan maka segala perjanjian yg menghalang undang2 tertinggi automatik terbatal...terutama perjanjian sesama manusia...tambahan pula perjanjian dgn kafir....perjanjian dgn tuhan lagi tinggi....oleh itu dap x pyh melalut la...x de sape nak layan....yg layan pun sejenis dengannya je.
Post a Comment