PR guna tiga pendekatan untuk tumbangkan BN
SEREMBAN - Parti pembangkang menggunakan tiga pendekatan untuk
menumbangkan kerajaan BN, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas
(Jasa) Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.
Beliau mendakwa tiga pendekatan itu ialah berbohong dan memfitnah melalui media sosial, mengadakan demonstrasi untuk setiap isu yang timbul dan cuba mendapatkan sokongan negara luar.
"Mengambil kira perkara ini, Jasa perlu merancang dan merangka strategi untuk memastikan peranannya dapat dilaksanakan dengan lebih efektif terutamanya untuk menangani dan mengurus persepsi.
"Ini adalah antara fokus yang akan saya berikan untuk memastikan kerajaan yang dipilih rakyat melalui proses demokrasi yang ada pada hari ini dapat dipertahan.
"Oleh itu, saya mahu pegawai Jasa tahu apa keutamaan tugas mereka serta mempertingkatkan kemahiran mereka terutama dalam menangani dan mengurus isu dan persepsi," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama kakitangan Jasa Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohd Puad berkata, beliau akan mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran pegawai Jasa termasuk dalam soal penggunaan media sosial dan sebagainya.
"Saya yakin sebenarnya mereka tahu menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya, tapi isu di sini ialah bagaimana kami menyediakan jawapan yang boleh diviralkan dan senang difahami oleh masyarakat.
"Sekarang ini kami tidak boleh membiarkan sesuatu isu itu lambat dijawab sebab jika ini berlaku orang sudah percaya. Oleh itu, sesuatu isu yang dibangkitkan mesti dijawab dengan cepat, betul dan dengan menggunakan bahasa yang mudah," katanya. -Bernama

1 orang berkata:
BN pula menggunakan cuma satu dari tiga cara yang disebut iaitu berbohong sampai ke langit untuk kekalkan kuasa. Bohong konon jaga kepentingan orang melayu tapi meratah hak dan harta orang melayu untuk bini dan anak serta kroni.
Post a Comment