Pas menang sebab tiada pesaing sebenar
KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata kemenangan
besar parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Chempaka disebabkan
tiada saingan dari parti besar seperti Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata kemenangan itu juga menunjukkan sokongan berterusan
pengundi kepada Pas walaupun setelah ketiadaan bekas Menteri Besar
Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penyandang kerusi
Dun itu.
"Pas bersyukur kerana mendapat majoriti yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRK Dun tersebut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, malam ini.
Pas berjaya mengekalkan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad mengalahkan empat calon bebas, dengan majoriti 10,092 undi.
Sementara itu, Ahmad Fathan berkata beliau tidak menjangka mendapat kemenangan dengan majoriti yang besar.
"Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, doakan saya dapat menjalankan tugas sebaik mungkin untuk rakyat," katanya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
menyifatkan kemenangan itu sebagai kejayaan besar bagi parti tersebut. -
Bernama
2 orang berkata:
Biasanya apabila tiada saingan parti yg bertanding pengundi akan bersikap sambil lewa atau tidak balik mengundi. Lain pula apa yang terjadi di Chempaka. Mungkin pengundi di Kelantan mahu menyindir Dap dan Pkr kerana menentang hasrat Pas mahu melaksanakan hudud. Semoga pengundi melayu islam di seluruh negara akan mencontohi semangat Chempaka pada pru14 nanti dengan menumbangkan mana2 parti dan individu yang menolak hukum Allah.
Kalau jadi PRK permtg pauh....kita tengok nanti siapa yg nak kojol....aku rasa pkr akan bungkus....x de sapa nak sokong pkr....kemenangan sebenar pkr bkn krn ahli pkr & dap....kita lihat saja....sbb tu cepat2 buat rayuan kat agong...agar prk dpt ditangguhkan.
Post a Comment