PRK DUN Chempaka: 55 peratus keluar mengundi
22/03/2015 7:30pm
KOTA BHARU- Sehingga pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang
tadi hanya 55 peratus pengundi telah mengundi dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) DUN Chempaka.
Peratusan ini termasuk pengundi awal dan undi pos,
Mengikut anggaran tidak rasmi yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof petang tadi seramai 12,035 pengundi daripada 21,890 telah keluar mengundi.
"Secara relatifnya, jumlah tersebut agak rendah jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU- 13) lalu iaitu seramai 85.9 peratus keluar mengundi.
"Bagaimanapun, penurunan jumlah tersebut telah dijangka ekoran PRK kali ini tidak disertai parti pemerintah Barisan Nasional," katanya.
Tambahnya, pihak SPR bagaimanapun berpuas hati dengan perjalanan PRK ini walaupun penurunan jumlah keluar mengundi hampir separuh.
"Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana pengalaman-pengalaman sebelum ini akan menunjukkan penurunan sekiranya BN tidak meletakkan calon.
"Sebagai contoh, PRK N12 Penanti, Permatang Pauh (2009) yang juga tidak disertai BN, hanya 46 peratus keluar mengundi manakala PRK P051 Bukit Gelugor, Pulau Pinang mencatatkan jumlah pengundi sebanyak 56 peratus," katanya. - Kosmo!

1 orang berkata:
Permatang pauh bila nak ngundi...kita nak tengok sejauh mana pkr nak bertahan
Post a Comment