JK Pas Pusat saksi satu lawan satu
KUALA LUMPUR - Enam jawatan bagi jawatankuasa tertinggi Pas Pusat
menyaksikan pertembungan satu lawan satu dalam pemilihan yang akan
berlangsung pada Muktamar Pas ke-61, awal bulan depan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah bertemu bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang bagi merebut jawatan itu.
Sementara Mohamad Sabu bertemu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.
Penyandang jawatan Ketua Pemuda Pas pula, Suhaizan Kaiat ditentang oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Manakala jawatan Timbalannya menyaksikan pertemuan di antara penyandangnya, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.
Selain itu, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Nuridah Salleh bakal bertanding untuk jawatan Ketua Dewan Muslimat manakala bagi jawatan Timbalannya direbut oleh Dr Siti Mariah Mahmud dan Rosni Adam.
Senarai ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat pada sidang media di Ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.
Berikut senarai calon yang akan bertanding bagi merebut jawatan-jawatan lain :
Naib Presiden:
1.Datuk Husam Musa
2.Salahuddin Ayub
3.Idris Ahmad
4.Datuk Iskandar Abdul Samad
5.Datuk Mahfuz Omar
6.Datuk Mohd Amar Abdullah
Naib Ketua Pemuda
1.Khairil Nizam Khirudin
2.Nor Azman Mohamad
Naib Ketua Muslimat
1.Mumtaz Md Nawi
2.Salamiah Mohd Noor

0 orang berkata:
Post a Comment