• EU kecam hukuman ke atas Mursi Mursyidul Am Ikhwanul, Mohamed Badie (tengah) menunjukkan simbol Rabaa yang melambangkan sokongan kepada gerakan itu ketika perbicaraan, Sabtu lalu.
1 / 1


BRUSSELS - BELGIUM. Kesatuan Eropah (EU) mengecam hukuman mati yang dikenakan ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi.

Kelmarin, Ketua Dasar Luarnya, Federica Mogherini berkata, keputusan mahkamah itu dibuat tergesa-gesa dan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.


"Ia sememangnya hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. EU membantah sekeras-kerasnya hukuman itu dalam apa jua keadaan sekalipun," tegasnya.


Menurutnya, Mesir perlu menjamin hak defendan untuk mendapat perbicaraan adil dan siasatan bebas.

"Kesemua 28 negara anggota EU yakin hukuman ke atas pemimpin tersebut akan dikaji semula selepas rayuan dibuat," katanya.


Difahamkan, hukuman itu perlu dirujuk kepada Mufti Besar untuk disemak semula dan keputusan akhir akan diumumkan pada 2 Jun depan.


Sabtu lalu, Mursi bersama 105 anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati selepas disabit bersalah kerana melarikan diri dari penjara dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011. - Press TV