Mursi: Negara Islam, demokrasi kenapa senyap?
SHAH ALAM - Keputusan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke
atas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi dan ulama terkenal, Yusuf
al-Qaradawi perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh negara Islam dan negara
yang mengamalkan sistem demokrasi.
Penganalisis politik dari Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Muhammad Fuad Othman mengakui berasa pelik apabila semua negara Islam dan demokrasi seolah-olah menutup mata serta memekakkan telinga.
"Sepatutnya, gergasi-gergasi demokrasi bangun membantu Dr Mursi tetapi ini tidak berlaku. Saya pun pelik juga. Dari segi aspek negara-negara Islam juga tidak membantu Dr Mursi.
"Setakat ini, yang bersuara dan berani menegur hanyalah Turki sahaja. Maknanya, hanya Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan sahaja sekarang ini yang mengutuk keputusan hukuman mati terhadap Dr Mursi," katanya kepada Sinar Online.
Beberapa gerakan Islam lain seperti Jamaat Islami dari Pakistan, Hamas dari Palestin dan terbaharu Pas turut mengeluarkan kenyataan mengutuk keputusan mahkamah tersebut.
Tegasnya tekanan yang secara serius perlu dibuat negara-negara yang mengamalkan demokrasi sebagai tanda menentang keputusan mahkamah itu.
Menyentuh soal peranan Malaysia yang sepatutnya telah ke depan menyuarakan pendirian, Dr Fuad akui Malaysia terlalu banyak berdiam dalam banyak hal tidak seperti sewaktu era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
"Negara-negara demokrasi harus memberi pandangan yang lebih serius, menentang keputusan tersebut supaya apa yang berlaku di Mesir ini boleh diselesaikan dengan aman. Hukuman mati ke atas Mursi ini diluar dugaan, tidak sepatutnya berlaku. Pertuduhan yang dikenakan ke atasnya juga tidak.
"Malaysia bukan hanya isu ini sahaja... Banyak isu lain yang kita senyap. Malaysia sepatutnya lebih peka sebab Malaysia antara negara yang berpengaruh dalam OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam). Kalau lihat pada zaman Tun Mahathir lagi, kita banyak bersuara dalam membela negara-negara yang kecil.
"Jadi, selaras dengan kedudukan kita yang tinggi dalam OIC, sepatutnya kita juga suarakan pandangan atau bantahan terhadap perkara ini. Kerajaan kenalah keluarkan sedikit kenyataan bagaimana melihat isu ini. Adakah hanya melihat isu ini semata-mata isu dalaman atau ada kena mengena dengan konsep-konsep kesejagatan, demokrasi, hak asasi dan sebagainya?," katanya.
Meskipun tidak pasti keberkesanan tekanan-tekanan itu terhadap keputusan hukuman mati itu, namun setidaknya ia memberi kesan walaupun sedikit.
"Kalau negara-negara bagi tekanan, bantahan bahawa ini (hukuman mati) adalah pertuduhan politik, bukan pertuduhan jenayah pun sebenarnya.
"Jadi, mungkin ia boleh memberi sedikit kesan dan memberi peluang kepada pihak Dr Mursi. Tapi kalau semua orang senyap, tidak memberi sebarang kenyataan, maka sukarlah," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menganggap pertuduhan ke atas ulama dunia yang terkenal Yusuf al-Qaradawi pelik dan tidak masuk akal.

0 orang berkata:
Post a Comment