Jika tak yakin, sila pecat saya, kata Asmuni
KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi
akui hatinya tergores apabila ada pihak yang melahirkan kebimbangan atas
ketelusan pengendaliannya terhadap pemilihan parti itu.
Menurutnya, jika ada yang tidak yakin dengannya, pihak tersebut boleh mengemukakan usul kepada Pas Pusat untuk memecatnya.
“Kalau ada cadangan yang baik sila bagi cadangan, jangan main tembak-tembak begitu, itu tidak adil. Melainkan anda tidak mempunyai keyakinan terhadap saya, 'please dismiss me now' itu sahaja. (Boleh pecat?) Terpulang sebab saya dilantik JK Pas Pusat.
"Saya sebagai manusia juga tergores apabila (mereka) mengatakan kebimbangan-kebimbangan. Kalau tak yakin dengan saya, tolong buat usul ke JK Pusat untuk 'buang' saya,” katanya kepada pemberita selepas sidang media di Ibu pejabat Pas Pusat, hari ini.
Malah katanya, jika mereka mahu berbuat demikian masih sempat selagi pemilihan belum berlangsung.
"Adakah mereka mengatakan saya 'bias'? Jika mereka mengatakan saya 'bias' sila nyatakan secara langsung supaya saya boleh ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
"Tunggulah dulu, kita buat kerja dahulu. Saya diamanahkan satu tugas yang berat oleh Pas pusat untuk melaksanakan tugas ini seadil-adilnya. Saya tak kiralah siapa yang menang, siapa yang dipilih. Itu hak pemilih.
Untuk mengatakan bimbang dan sebagainya pada saya tidak adil buat masa ini,"katanya.
Sebelum ini, ada dakwaan sesetengah pihak yang melahirkan kebimbangan atas pemilihan yang akan berlangsung nanti di mana kesilapan dalam pemilihan pada 2013 bakal berulang.
Namun, Asmuni menegaskan, tuduhan terhadap beliau dengan kenyataan-kenyataan seperti ini adalah tidak adil.
"Kita buat mesyuarat hampir setiap malam dan saya ulang alik ke Kuala Lumpur dari Ipoh hampir setiap hari untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar,” katanya.

3 orang berkata:
jangan takut tak terpilih,itulah sifat ikhlas
yakinlah kebaikan selalu dapat terbaik
Yang dok komen byk2 tu bukan ahli pas...yg dok kritik tu kebanyakan berfahaman PASMA. Teruskan kerja anda.
Post a Comment