'Saya cuma luah isi hati, Tun M terlalu ghairah'
- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengadakan sidang media memberi penjelasan isu peletakan jawatannya. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin meletakkan
jawatan hanya memalukan dirinya sendiri.
Menurut Pandikar, sememangnya beliau dan Dr Mahathir tidak berbohong mengenai hasratnya untuk meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir telah melanggar etika kerahsiaan
antara individu dalam pertemuan mereka pada 13 Mac lalu kerana segala
perkara yang dibincangkan tidak patut diberitahu kepada orang lain.
"Saya akui telah curahkan isi hati berhubung kekecewaan dengan tugas
sebagai Speaker Dewan Rakyat dan meluahkan hasrat untuk letak jawatan.
Saya ibaratkannya sebagai curahan isi hati anak kepada bapa.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pandikar telah malukan saya, kata Tun M]
"Mungkin atas keghairahan Dr Mahathir sendiri untuk menjatuhkan Datuk
Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, beliau bukannya menasihati
saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara
yang dibangkitkan.
"Sebaliknya beliau yang menyuruh saya meletakkan jawatan dengan kadar segera," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini mendedahkan perkara itu pada sidang media di satu program di Ipoh, Perak.
"Dia datang bertemu saya. Dia beritahu dia tidak mahu meneruskan lagi,
sekarang tugas beliau disandang oleh timbalannya," beliau dipetik
sebagai berkata.
1 orang berkata:
Pendekar x mulia ...amin
Post a Comment