1MDB mungkin bayar hutang awal?
SINGAPURA - Syarikat pelaburan penuh kontroversi, 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) mungkin akan membuat bayaran balik hutang
RM3.6 bilion yang diketuai Deutsche Bank lebih awal daripada tempoh
matang lapor portal The Business Times.
Memetik sumber individu yang arif mengenai perkara ini dan enggan dikenali, tarikh matang pinjaman pada Ogos ini dan 1MDB tidak mengemukakan sebarang cagaran tambahan telah membangkitkan jangkaan untuk bayaran awal.
Portal ini turut melaporkan bahawa pemberi pinjam merancang untuk menuntut 1MDB membayar lebih awal hutang-hutang tersebut.
Setakat Mac 2014, pinjaman 1MDB dilaporkan telah mencecah RM41.9 bilion dan gagal membayar balik pinjaman RM2 bilion.
Namun memetik dari Bloomberg News, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda dilaporkan tidak dapat mengeluarkan sebarang komen mengenai laporan yang menyebut soal pembayaran balik awal itu.
“Kami sedar tentang laporan media dan kenyataan berkaitan pinjaman 1MDB pada September 2014. Walaupun kami ingin memberi respons dengan terperinci, ini melibatkan hal perbankan sulit yang melarang kami daripada membuat ulasan buat masa ini.
“Walau bagaimanapun, kami berhasrat untuk mengemaskini pasaran sebaik kami boleh berbuat demikian,” katanya melalui e-mel kepada Bloomberg News.
Dalam pada itu jurucakap Deutsche Bank di Singapura, Sarah Stabler enggan memberi sebarang komen mengenai perkara ini.

0 orang berkata:
Post a Comment