Husam tolak tanding jawatan presiden Pas
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengumumkan beliau
hanya akan mempertahankan jawatan sedia ada pada Muktamar Pas yang akan
berlangsung Jun ini.
Menurut satu kenyataan, Husam yang menerima pencalonan untuk jawatan
presiden dan timbalan presiden terpaksa menolak pencalonan bagi
kedua-dua jawatan tersebut.
"Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua kawasan yang
terlibat yang telah memberikan kepercayaan dan harapan yang begitu
tinggi kepada saya, termasuk untuk bertanding jawatan presiden dan
timbalan presiden parti.
"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala
tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas dalam konteks Malaysia bagi
dekad-dekad akan datang.
"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang
meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan
jawatan naib presiden Pas yang saya sandang sekarang," katanya dipetik
kenyataan tersebut.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengalu-alukan
ahli parti yang layak untuk bertanding jawatan presiden parti yang
disandang beliau.
[ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi tidak kisah dicabar]
Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula
mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam
pemilihan parti itu nanti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tuan Ibrahim sah tanding timbalan presiden Pas]
3 orang berkata:
Lawak Giler
http://myfunnyvideo.org/
Dah nampak akan kalah terok,baru cakap tak nak lawan. Dulu bukan main syok bila disokong oleh kapiaq DAP.
Baru mula buka mulut yang pas peelu di pimpin oleh ulamak.
Sudah wahai husam. Ahli akar umbi pas dah kenal YB. Naib presiden pun bwlum tentu menang. Lebij baik YB semarakkan PasMa tu. Boleh jadi presiden.
Mana tahu boleh meretah kelantan kerana mat yaakib dan nik amar tak tau memerentah dam tak buat apa apa kat kelantan.
Memang pun Mt Yakob n Nik Amar tu X pandai ....
Pru 14 Pas Kelantan akan linkup d ratah oleh BN...
In shaa allah...
Post a Comment