Najib digesa jawab soalan hutang 1MDB
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa
menjawab beberapa soalan susulan laporan mendakwa 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) perlu membayar hutang yang dipinjam dari bank-bank
tempatan sebanyak RM3.6 bilion menjelang September ini.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa, melalui maklumat tidak rasmi yang dikumpulkannya, situasi itu amat membimbangkan kerana terma-terma pinjaman itu amat membebankan rakyat.
Sehubungan itu, beliau tampil dengan tiga persoalan yang dituju kepada Najib.
"Apa cagaran yang telah dibuat oleh 1MDB untuk mendapatkan pinjaman ini? Maklumat saya peroleh menyebut cagaran pinjaman ini adalah simpanan wang di bank BSI di Singapura yang sebelum ini dilaporkan tidak wujud. Jika cagaran ini tidak wujud, ada kemungkinan besar 1MDB perlu mendapatkan dana lain untuk menggantikan cagaran itu.
"Adakah benar Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu surat sokongan atau surat makluman mengenai pinjaman ini? Saya dimaklumkan satu surat sokongan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia yang membolehkan pinjaman ini diluluskan. Apakah terma-terma surat sokongan itu?
"Adakah benar kadar faedah bagi tempoh setahun itu ialah 11 peratus? Jika benar, kadar ini sudah mencecah kadar 'overdraf' dan menunjukkan terdesaknya 1MDB," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan kembali apabila 1MDB perlu membayar hutang, kerajaan terpaksa menyuntik wang atau satu urus niaga yang merugikan rakyat.
"Pada Mac lalu, kerajaan terpaksa menyuntik RM950 juta dalam bentuk 'standby credit' yang kebetulan diluluskan beberapa minggu sebelum 1MDB perlu membayar hutang.
"Pada Mei pula, Tabung Haji (TH) membeli hartanah di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB pada kadar untung berlipat kali ganda kepada 1MDB yang kebetulan dimuktamadkan beberapa minggu sebelum 1MDB pelu membayar hutang.
"Saya yakin jika rakyat tidak mendesak Datuk Seri Najib berlaku telus mengenai hutang RM3.6 bilion yang perlu dibayar 1MDB September ini, lebih banyak dana rakyat dan harta kerajaan yang akan disuntik ke dalam 1MDB untuk membayar hutang," dakwanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment