Tuan Ibrahim dapat 1 undi daripada saya
KUALA SELANGOR - Setiausaha Ulama Pas Pusat, Nazri Chik secara lantang menyebut satu undinya bagi jawatan Timbalan Presiden Pas ditujukan buat Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Online ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Ulama Pas Selangor kali ke-27, di sini, hari ini.
"Beliau akan dapat undi (daripada) saya, satu...Yang lain kena tunggu selepas pengumuman," katanya ketika ditanya peluang Tuan Ibrahim dalam pemilihan kali ini selepas beliau mengumumkan untuk bertanding dalam Muktamar Pas ke-61, baru-baru ini.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim mengesahkan keputusannya untuk mencabar jawatan Timbalan Presiden parti dan keputusan itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang dengan penyandang, Mohamad Sabu yang sudah pun mengesahkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan itu.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai orang nombor dua parti dengan memperoleh 588 undi dalam perlawanan menentang Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendapat 490 undi.
Mohamad menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon, Tuan Ibrahim.
Dalam pada itu, Nazri berpandangan suasana Muktamar Pas awal bulan depan itu nanti tidak hangat seperti yang digembar-gemburkan meskipun berlaku pertandingan buat pertama kali bagi jawatan Presiden Pas.
"Pada saya muktamar nanti seperti biasa sahaja, tidak ada apa yang luar biasa cuma dulu-dulu tak ada Sinar Harian...media lain, jadi, dengan peranan media sekarang, nampak hangat. Tapi sebenarnya sejuk sahaja," katanya.
Menyentuh soal suasana hukum hudud yang kembali hangat dek tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berbalas kenyataan dengan beberapa pemimpin Pas, beliau secara sini menyebut bahawa sikap DAP memang begitu terhadap hudud.
"Kebetulan sahaja kerana media membuat liputan di Kota Bharu.
"(Tapi) Peribadi Lim Kit Siang dan DAP begitulah dulu, kini dan selamanya terhadap hukum hudud," katanya.
Tindakan Kit Siang yang berceramah menentang hudud di Kota Bharu baru-baru ini mengundang reaksi kurang senang beberapa pimpinan Pas malah ada yang menyifatkannya biadab.

0 orang berkata:
Post a Comment