Pengerusi Tetap tegur perwakilan lambat
Tahunan Pemuda Pas ke-56
SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Pemuda Pas ke-56 lewat sejam susulan
kegagalan para perwakilan hadir mengikut waktu yang ditetapkan.
Pengerusi Tetap, Kamal Ashaari berkata, sikap itu mengecewakan beliau kerana beliau tidak dapat memulakan sesi muktamar itu berikutan bilangan perwakilan tidak mencukupi.
"Sepatutnya kita bermula 8.15 malam, tetapi hasil kiraan tukang kira 9.15 malam baru cukup 'korum' 315 orang. Apakah ini gambaran nak bagi pada masyarakat lewat satu jam.
"Hari ini kita terpaksa mulakan muktamar dengan seadanya," katanya.
Seramai 736 perwakilan dan Exco layak hadir untuk sesi muktamar pemuda kali ini.
Beliau melahirkan kekecewaan itu apabila para perwakilan yang telah dipilih kawasan masing-masing gagal mematuhi peraturan yang dianggap remeh.
"Saya harap jadikan iktibar, tema tahun ini mendepani generasi kemenangan , (macam) ini nak bentuk generasi kemenangan?" katanya.
Sebelum itu, beliau turut bersenda di hadapan perwakilan yang hadir agar menunjukkan kematangan dalam berbahas sekiranya tidak mahu ada orang dikejarkan ke hospital lagi.
"Ikut peraturan sesuai dengan kematangan pemuda yang sudah ber muktamar selama 56 kali. Jangan ada yang naik ambulans lagi," katanya.
Pada sesi muktamar yang lalu, Kamal telah dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas akibat kekecohan yang berlaku pada sesi perbahasan Pemuda Pas.

1 orang berkata:
Sendiri mahu ingat.
Post a Comment