KETUA PEMUDA PAS KELAMKABUT ! - Pak Karamu
Elak kenyataan guris hati rakan PR
- Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat menyampaikan ucapan pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat menyeru AMK dan Dapsy
mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati
rakan-rakan dalam PR.
Menurutnya, kesemua pihak perlu mendahulukan perbincangan dalam membawa dasar-dasar yang ingin ditawarkan kepada rakyat.
"Pemuda Pas menyeru kepada rakan-rakan pemuda daripada parti komponen PR agar kita sentiasa mendahulukan perbincangan dalam membawa dasar-dasar yang ingin ditawarkan kepada rakyat mahupun dalam menangani konflik yang wujud antara parti.
"Elakkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengguris rakan-rakan dalam PR agar muafakat kita kekal bertahan lama," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-56, di sini hari ini.
Sebelum ini, hubungan parti komponen dalam PR agak goyang apabila masing-masing parti terus mengeluarkan kenyataan mengkritik pemimpin atau dasar parti komponen lain.
Antaranya isu pelaksanaan hukum jenayah syariah yang dibawa Pas serta pertikaian terhadap kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata khilaf tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan dalam PR.

"Khilaf yang menjadi sebuah ketetapan seperti yang disebut dalam al-Quran, seharusnya tidak menjadi titik berantakan antara parti komponen dalam berhadapan dengan seteru politik yang lebih utama, Umno-BN.
"Maka seruan ini haruslah disambut pemuda setiap peringkat supaya Pas dan PR sentiasa menjadi pakatan harapan rakyat," katanya.
Menyentuh soal proses pemilihan barisan pemimpin baharu esok, Suhaizan menasihatkan agar perwakilan memilih pemimpin yang boleh membawa Pemuda Pas meluncur jauh ke hadapan dengan idea-idea segar dalam jemaah dan negara.
0 orang berkata:
Post a Comment