• Muktamar Pas
1 / 1
SHAH ALAM - Pemuda Pas digesa menubuhkan sebuah pasukan untuk menyelidik gerak kerja sayap itu.
 
Wakli dari Selangor, Mohamad Zuhdi Mat Piah berkata, pasukan ini perlu ditubuhkan supaya sayap tersebut sentiasa bersama Presiden parti.
 
"Pemuda Pas bukan berada di belakang Presiden. Malah, kena bersama Presiden setiap masa," katanya semasa berucap dalam Muktamar Pemuda Pas, di sini, hari ini.
 
Beliau tidak bersetuju sayap tersebut mengambil pihak luar sebagai pengkaji gerak kerja sayap itu kerana ia boleh menimbulkan keputusan 'berat sebelah'
 
"Saya berharap pasukan tersebut boleh difahami dan diterima oleh seluruh ahli Pemuda," katanya.
 
Mohd Zuhdi turut meluahkan rasa kecewa terhadap kepimpinan tertinggi Pas yang dilihat tidak seiringan dengan Presiden.
 
Menurut beliau, contohnya, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
 
"Namun, ada segelintir pemimpin yang tidak sependapat dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden.
 
"Ini menampakkan kepimpinan tidak sependapat dengan Presiden," katanya.