Isu Presiden: Perwakilan tempelak Pemuda Pas
SHAH ALAM - Muktamar Pemuda Pas yang berlangsung hari ini panas apabila
beberapa anggota perwakilan menempelak kepimpinan Pemuda yang gagal
mempertahankan presiden parti itu sewaktu dikritik pemimpin DAP, sekutu
mereka dalam Pakatan Rakyat.
Anggota perwakilan Wilayah Persekutuan, Mohd Ridzuan Ariffin menganggap kepimpinan Pemuda lemah apabila gagal mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menerima pelbagai kritikan keras terutama berhubung cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
"Ini bukan sifat seorang anak soleh yang hanya mendiamkan diri apabila melihat bapanya dihina," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kaiat pada Muktamar Pemuda Pas di Bangunan SUK Shah Alam, di sini hari ini.
Anggota perwakilan dari Terengganu, Raja Arizal Raja Arif turut berkongsi pendapat sama dan mendakwa pimpinan Pemuda Pas gagal berfungsi serta memberi sokongan padu kepada Abdul Hadi sebagai presiden parti.
Raja Arizal berkata Pemuda Pas yang dipimpin Suhaizan juga gagal menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment