24/08/15
Khairuddin: Melayu bangsat jika Najib terus berkuasa
Melayu
akan "bangsat" jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal
berkuasa dan tidak dipecat, kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk
Seri Khairuddin Abu Hassan.
"Orang Melayu akan bangsat jika
sekiranya Najib terus berkuasa. Bangsa Melayu akan berpecah seterusnya
bangsat seandainya Najib tidak disingkirkan.
"Sekiranya Najib asyik syok dan angau sendiri, selagi itulah Umno serta BN akan goyah," tulis Khairuddin di dalam Facebooknya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi
kepada ucapan Najib yang juga presiden Umno semalam yang mengatakan
Melayu akan bangsat sekiranya Umno hilang kuasa.
Bagaimanapun, Khairuddin berkata, Umno dan BN akan jadi lebih kuat jika Najib meletakkan jawatannya.
"Tanpa Najib, Melayu serta keseluruhan
bangsa di negara kita akan bersatu kerana masa kini kita sedang hadapi
krisis keyakinan terhadap perdana menteri dengan begitu teruk sekali
dalam salasilah sejarah politik tanah air.
"Rakyat bukan sahaja kehilangan keyakinan tetapi tidak percaya lagi kepada kepimpinan mahupun keperibadian Najib.
"Beliau buatlah apa sekalipun untuk
menipu dan memperbodohkan rakyat jelata namun keseluruhan warganegara
kita tidak boleh diperbodohkan lagi oleh beliau," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment