Jumpa Najib, bawa usul letak jawatan
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno akan memohon untuk berjumpa Presiden Umno,
Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan usul yang telah dicapai
dalam kesemua Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia termasuk usul tergempar Pemuda Umno Bahagian Tampin yang sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
"Perkara tersebut(usul tergempar) hanya datang daripada satu cawangan dan telah dimaklumkan kepada Presiden bahawa usul tersebut tidak dirancang oleh Pemuda bahagian.
"Tetapi semua ini akan dibawa ke perhatian Presiden," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno sebentar tadi.
AKAN MENYUSUL.
0 orang berkata:
Post a Comment