Entah le, betul ke kenyataan Mat anak lelaki Sabu ni, PRU 13 yang lepas wakil yang bertanding bukan di bawah PR, yang mengatakan dibawah PR itu hanya cakap mulut sahaja, bukan atas dasar parti PR, ianya adalah atas dasar parti-parti didalam komponen tersebut iaitu (pakat-pakat), apa yang kita tahu PR tidak lulus pendaftarannya, sebab itu calon bagi setiap kursi adalah dari parti-parti (PAS,PKR dan DAP) dan mereka menggunakan bendera masing-masing dan peruntukan kawasan masing-masing atau belanja masing-masing, atas dasar pakat-pakat, mereka BUKAN PAKAI BENDERA PR untuk menambat hati rakyat seperti BN, rasanya Mat Sabu ni ikut perangai penyamun kot ! Kita sebut Penyamun adalah dengan alasan GHB belum lagi luluspun dah nak jadi penyamun hak kerusi orang lain, - Pak Karamu
Masuk Harapan Baru tak perlu kosong kerusi
BUTTERWORTH - Semua wakil rakyat daripada Pas yang menyertai gerakan
Harapan Baru tidak perlu meletak jawatan sebagai ahli parlimen atau Adun
kerana kemenangan mereka adalah atas tiket PR, kata Mohamad Sabu.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum.
"Sebaliknya, wakil rakyat (Pas) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian Harapan Baru Pulau Pinang di sini.
Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Ahli Parlimen dan Adun Pas berkenaan meletak jawatan.
Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baharu itu berkata, beliau yakin jumlah keanggotaan Harapan Baru akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam Pas sekarang dan didakwa akan terus berlaku. - Bernama
3 orang berkata:
Mat syabu dah pening.dia ingat pr mcm bn yg mana parti yg bergabung dgnnya bertanding atas satu lambang.dia tak sedar yg pr cuma pakatan utk menjatuhkan bn saja.
Mat syabu dah pening.dia ingat pr mcm bn yg mana parti yg bergabung dgnnya bertanding atas satu lambang.dia tak sedar yg pr cuma pakatan utk menjatuhkan bn saja.
parti anjing serigala kuat menyalak
Post a Comment